Daisypath Happy Birthday tickers


Sunday, August 19, 2012

Happy Eid Mubarak

selesai sudah puasa hampir sebulan..now time untuk raikan kemenangan berjuang melawan nafsu lapar,nafsu dahaga,segala jenis nafsu yang x brapa nk elok nih...
ESOK RAYA OIIIiii..!!!...

^_______________________________^

dari petang tadi dngar org main mercun...bunyi meletup bunga api..
haihh..da lama dah tinggal mercun,meriam bunga apa semua nih..
tringat dulu-dulu,waktu tingkatan 1 ke 2 ntah,sebab x jumpa paip besi yang sesuai untuk buat meriam,sanggup potong paip poli warna hitam yang diorang letak dekat tengah jalan untuk wiring lampu jalan...haha..buat operasi waktu semua tengah terawih..rasanya meriam paling power pernah buat waktu tu..
kami buat kubu dalam hutan klapa sawit,lengkap dengan tempat amik air,kubu bawah tanah..n sebab kuat sangat,ada org sabotaj taruk plastik dalam lubang meriam..da x boleh buat apa sebab meriam tu tanam dalam tanah n siap cover dengan simen,takut meletup..n polis plak buat rondaan,meriam tu dah kena sita..hahaha..

tringat jgak waktu darjah 6,main meriam tin atau ada org panggil meriam katak sbb dia terbang naik atas..main dekat tepi sungai,..sampai ada org tengah mancing bengang sebab x dpt ikan,katanya meriam kami kacau,ikan lari..haha..tapi kami buat x taw ja sbb org tu dok seberang..last cucuh meriam bila tin tu jatuh atas kawan sorang ni,dia cucuh n lari,then tin tu jatuh atas blakang dia..perhh,,sakit kot..

bnyak pengalaman main meriam ni,sronok...orang bandar skrang ni ramai yang x tawu main meriam..rugi betul,semua beli bunga api besar2 je..meletup skali abis puluh2,ratus2 ringgit..meriam ni beli spaket rm5,bleh main smpai da x larat main dah...

tapi raya setiap tahun makin lama makin x terasa..x taw la,semangat,aura raya tu x brapa nk ada..mungkin kepala ni asyik pikir benda lain sampai raya pun x leh nk selit2 celah pemikiran..plus suasana raya skang ni x sama mcm dulu..dulu2 bleh nmpk bnyak pelita,budak2 main bunga api,main kjar2 kt luar masjid..skang ni budak2 da x main kejar2..diorang main ipad,android n dok diam2 ja...pelita pun if ada semua yang plastik,beli dekat kedai,bukan yang buluh panjut tu...

apapun...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin..
kepada mak.,ayah,abang,kakak n adik-adik,tafa minta maaf if ada buat salah apa2.rasanya bnyak salah yg tafa da buat...smpai hampa semua penat melayan...mak pun dah x larat nk marah tafa dah...ni maaf dalam blog,esok raya betoi maaf la depan2,peluk2 cium suma ^__^


raya tahun ni jgak,harap dapat bertemu dengan kekasih hati yang sekian lama x jumpa..bukan x jumpa,tp x pernah jumpa..insyaallah if ada rezeki,termakbul doa di malam raya untuk berjumpa
 Cik Hati Mustafa Jamaludin... 

wassalam

Friday, August 10, 2012

Apa Aku Buat??

Bunyi sang cengkerik mengisi kesunyian malam yang aku rasa agak menenangkan. Menenangkan jiwa seorang hamba yang berada dalam kekeliruan..
    "adakah betul apa yang aku buat,betulkah jalan yang aku pilih"

Aku terkaku dikala dia melemparkan luahan hatinya..betapa dia kecewa dengan apa yang telah berlaku..aku telah melukakan hati seorang insan lemah,mungkin telah hancur dalam perbuatanku..mengapa aku mempermainkan hatinya?..adakah kerna aku tidak pernah menyayanginya?..

aku menipu bagi memberi ruang kepada orang yang lebih layak untuk membimbingnya..aku menipu bagi menjauhkan dirinya dari aku yang jahil tentang agama,yang masih kurang ilmu didada..aku menipu bagi memberi ruang untuk diri aku bersendiri,menguatkan kembali apa yang lemah...agar tidak tersebar fakta fakta yang hakikatnya palsu.

yang pasti,aku menipu bahawa aku tidak pernah menyayanginya..tidak pernah menyukainya..tidak pernah cuba mencintainya..salah..aku sngt sayangkan dia,tetapi aku x mampu menipu diri bahawa aku masih menyayangi seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku..walaupun dia tidak pernah betul2 hadir dalam hidup aku,tetapi dia la satu satunya yang mendapat restu dari keluarga..maafkan aku

aku banyak berdosa...penipuan yang tidak terkira...dikatakan aku mementingkan diri sendiri..tetapi inilah keputusan aku,bagi kepentingan bersama.

titisan air mata..menitis sehingga membasahi pipi namun aku tidak mampu berbuat apa apa..siapalah aku kepada dia?....hanya org yang telah menghancurkan harapan seorang insan untuk mengetahui lebih dalam tentang Islam..

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.....matlamat ku benar,niat ku ikhlas tetapi sayang,caraku salah..terang terangan semua tu maksiat,walaupun hanya bermesej manja yang menaikan syahwat yakni nafsu apatah lagi bersentuhan..selepas sebulan baru aku sedar..kenapa mesti sebulan?..adakah Tuhan cuba menguji aku?...adakah mampu aku sedar dalam tempoh yang diberikan...Alhamdulillah,aku mulai sedar...walaupun masih samar2..but Insyaallah,aku akan berubah...

maafkan aku,keputusanku bagai terlalu kejam...tapi inilah yang terbaik..mmnglah mengislamkan saudara bukan muslim itu satu perbuatan yang mulia..tetapi jika proses mengislamkan itu salah,berdosa besarlah balasannya..aku tidak sanggup,tiada yang dapat membantuku selain amalam ku..

segala apa yang ak berikan ,semuanya penuh dengan keikhlasan...ikhlas keutamaanku..aku tidak pernah berkira apa apa berkenaan satu permintaan..tetapi sekiranya keikhlasan itu pada jalan yang salah,adakah keikhlasan itu akan mendapat ganjaran pahala..itu yang aku takut..berapa besar dosa yang bakal diterima..itu yang aku takut..

aku tidak takut kehilangan cinta insan,kerna aku lebih takut kehilangan cinta Tuhan..

apa aku buat?....

maafkan aku.....ak masih perlukan bimbingan...




Islam itu indah,tetapi perbuatanku telah memburukkan Islam..ampunkan hambamu ya Allah

Monday, July 2, 2012

Suddenly

hari yg tiada pengisian..mcm hari-hari ak sebelum nih...dari dulu smpai sekarang,jiwa ak kosong..ntah larh start bila ak kurang bersemangat..bukan salah orang laen,bukan salah persekitaran,bukan salah sape-sape..but salah ak sendiri....hurhh..terima je la hakikat yg kau dah lari dari landasan n kau perlu betulkan keadaan..


harhh..apa la ak merepek ni..ni la jadi bila dok bilik sorang2..sume kuar mkn,ak baru nk mandi..skng da wangi n semua da hilang g mkn..berlapar la ak mlm ni,mls nk kuar mkn sorang...nk ajak skandal..hurhh,mcm la ak ni ada skandal..=,=

detik ak kenal dia,sejak ak mula berkawan dngan dia,sejak ak mula suka n kami declare sebagai pasangan istimewa,n sejak kami mula bercinta..n akhirnya sejak dia menghilang,tinggalkan ak dengan alasan nk ak mulakan hidup baru,sbb dia x sempurna mcm org laen...manusia x sempurna ok..mmng x boleh ak terima alasan tu...n sejak haritu,ak dah x pandai,ak dah x de perasaan,ak dah x mampu nk suke dekat org laen..setiap kali ak cuba nk kenal seseorang,nama dia muncul...ak tetap x boleh buang dia dari hidup ak walaupun ak dah ditinggalkan...

ak cuba buat diri ak mesra dengan org sekeliling..but ak da x pndai..ak asyik fikirkan org yg sama..yg buat ak tunggu,tunggu...n tunggu...

n now SUDDENLY dia muncul balik..dikala ak mulai tawar hati...ntah la,ak x tawu nk melayan perasaan ak...ak dah x pandai nk kawal sabar ak ..sama ada ak nk terus menanti ak biar semua ni berlalu..mcm x da apa yg pernah berlaku..

apa pun..ak akan cuba betulkan keadaan...untuk tebus apa yg pernah ak buat sebelum nih...


Saturday, April 28, 2012

go FISH..

Petang yg indah...cuaca pun boleh tahan,mcm nk hujan,tp kebiasaan la hujan petang musim ni..
"jom,mancing bwh jmbtan,nk ikut x?"
"ak on ja..jom"

Kairul aka anak mamak.haha(gurau ja)..ajak p mancing bwh jambatan Pulau Pinang..seumo hidup smpai umo 19 x penah ak p bwh jambatan..so x lepas ar peluang ni...petang tu siap2 mcm x da apa berlaku..mancing letak luar siap2..sbb kalau ak siap mancing depan mak,gerenti dia tnya..mls nk dengar bletiaq panjang2..lepas da siap semua,nk gerak dah baru bgtaw nk p mancing n mungkin balik sok pagi,so leteren dia pendek skit sbb ak da gerak p kt motor...bijak x..hohoho

smpai rumah kairul,moto ak tinggai,neik LC dia ja.senang skit,bnyak2 moto pun semak..than trus gerak p seberang jaya tunggu kawan si kairul ni,Ary..bleh kata dia pemancing tegar la jgak..mahal2 ja barang,siap bwk rapala..

than bwk moto p Penang..parking moto kt tempat bot n trus blah p bwh jmbtan..tambang p n balik rm20 sorang..ikut jarak tiang..kami dok tiang tengah skali.area ada batu2 tu..so mahal la jgak sbb jauh..

sampai2 ja trus pasang joran..ak baru nk ikat tali,lama x mancing so simpan la mata kail tu.siap semua trus lempaq umpan,guna hirisan udang besar..x mo boh bnyak2 ,membazir nnt..hahaha

ak org 1st bwk neik ikan..nyuk nyuk sebesar 10kilo...(ak tipu)...besar tapak tangan ja..kira boleh la,bukan senang nk dapat ikan tu...than ary dpt kerapu..n kerapu lagi..semua kerapu dia dpt..ada dlm 8 ekor..kairul dpt gelama n kerapu sekor x silap..n sekor lagi ikan apa ntah..than ak dpt ketuka saiz dewasa pckage ngan anak dlm perut...haha..anak lepas balik la,still hidup..kecik bukan bleh mkn,bakar trus ilang celah gigi ja..
stay 1 hari,so mesti ada mlm..malam dlm kul 11 da stop,pg tido...perrhh..suasana mlm dia mcm dok kt kutub utara..bukan sbb sejuk,tp angin dia x breti2...ye la,tengah laut kan..mmng x mcm dok kt darat..sejuk tu x pyh crita la..nasib baek x hujan,ak plak baru ja beik demam selsema..pakai sweater n alas kepala ngan batu..mmng syiok la pengalaman tidoq situ..kalau ada peluang nk p lagi..haha

than pagi kul 9 gerak balik.smpai ja jeti,tngok2 helmet hilang..depa potong tali..silap x bwk p bwh jmbatan skali..apa lagi,pusing2 cari helmet lain ar..nk balik punya pasal,gila atas jmbatan x pakai helmet..dlm kul 11 dpt helmet trus balik...

pengalaman mancing bawah jambatan mmng syiok..tapi bekalan kena cukup..kalau x posa la tengah tu..

than lepas jumaat trus tidoq...

Lulus..!!

Assalamualaikum saudare saudari cikebum cikebum..apa kabar semua eee...(bukan ada org baca pun blog ak ni)....
orite...setelah sekian lama menyepi,menyendiri,termenung n frust trmenonggeng la jgak tanpa sebab munasabah..kini kembali ke pangkuan jalan..

ujian memandu yg kian trtangguh kini diteruskan..daftar tahun lepas.tahun ni baru nk buat..bagus..nasib baek depa x buat penalti,x siap dalam brapa bulan,anda perlu blajar balik dari awai...=,=..

apa pun,ak da LULUS oii...!!..

sape2 nk g jalan2,n perlukan driver...silakan pegi cari,but not me..walaupun da boleh bwk keta,ak lg slesa bwk moto..(sbb sorang2 je yg naek,nk besar2 keta buat apa)....nk mnyelit pun senang,x pyh pening2 ngan jam tengah jalan....ada peluang mandi hujan..yeaahH...

tu je la..nk crita pasal dpt lesen ja..tp kad blom siap,sbb gmbar baru ja bg..haha

Monday, March 19, 2012

Waiting For Her

The Truth Bout Life

"Bangla mai Malaysia,abis suma benda depa amik..kerja untuk orang Malaysia,tp Bangla yang banyak pegang..handphone mahal mahal,semua geng geng Bangla da pakai..rumah besar besar,suma Bangla punya..teqok ar depa ni,depa x taw ka depa tu menumpang ja,yang dok buat hebat sangat kenapa?dah la pengotoq,gelap,baju pun lusuh...eeeiii..terok!!"


entry kali ni pasal pendatang asing..yang datang negara kita Malaysia untuk bekerja sebab diorang tawu dekat sini diorang boleh cari makan untuk sara hidup diorang n family dekat kampung. X kisah la diorang ni warganegara mana pun,kalau bukan dari Malaysia,pendatang asing la diorang ni..

ada dua kategori pendatang ni...satu yang dapat izin,n satu yang x dapat izin that is 'PATI'.. than kategori ni akan pecah kepada beberapa cabang lain plak..macam yang datang cari kerja,stay cabang cari kerja,yang datang melancong,stay melancong tapi x boleh buat benda lain..tu antaranya la..

panjang2 ni just penerangan pasal pendatang asing..ntah la,macam x brapa terang je..BTW,x kisah la sebab bukan tu yang mus nk cerita dalam entry kali ni..

THE TRUTH BOUT LIFE

15 March 2012,5:00pm

"pakcik dekat kaunter tu suruh beli tiket dalam bas"
"tapi dik ,bas penuh ni,adik nk balik mana?"
"Kulim"

x da tiket,but terus masuk bas n duduk dekat tempat kosong yang ada. disebabkan tu bas last for that day untuk aku balik Kulim,terpaksa la aku tipu pakcik bas tu. (maaf pakcik,sy nak balik rumah).

"sebelas ringgit empat puluh sen"

baru sedar yang sebelah aku ni Bangladesh. tapi aku x kisah asalkan dapat balik. sepanjang perjalanan aku just duduk diam tengok gelagat orang. pakcik bas tu muka stress ja,kejap2 cucuh rokok. than orang depan aku dengar muzik,ada budak kecik sebelah dia..aku kiri kanan Bangladesh..than ada lagi sorang ibu ngan anak dia. yang kecik sorang tu anak dia la,tp seat asing2.banyak barang dia bawak,mcm lari rumah ja.

but kiri kanan aku ni...tiket x lepas walaupun tengah tido..
yang sebelah aku ni,dia tido nyenyak..mmng bas tu pusing jauh dari Alor Star nk ke Kulim..ak perhati dia dari atas smpai bawah ke kasut..satu2 aku tengok betul betul..

tangan dia nmpk keras je kulit,kuku smpai calar2..but bersih..pakaian diorang simple,but kemas..kalau betul2 keluar berjalan,diorang jaga penampilan..mesti diorang ni kerja kuat.

sebenarnya apa yang ak tertarik pasal diorang bukan penampilan..tp ak terpikat dengan satu benda. attitude diorang..tirai tingkap bas tu,lepas diorang bukak,diorang rapatkan balik elok2 than ikat dengan kemas..siap reben lagi..if kita, orang Malaysia,brapa sangat yang terasa nk ikat balik?..

but kenapa orang anggap golongan ni pengotor,jijik?

"ak ada kawan india"
"ko kawan dengan india??pelik ar ko ni"

sebab perbezaan warna kulit,pemakaian,bahasa,negara?..sebab golongan ni ASING than kita penduduk tetap boleh rendahkan diorang?

Pandangn manusia kadang2 tengok pakai hidung,macam adik ak cakap bila cari barang x jumpa..ak cari buku,but ak x tawu buku tu tebal ke nipis ke,warna apa,sapa yg tulis,aku taw tajuk ja..sama mcm orang asing,kita tawu diorang warganegara mana,than kita kelaskan diorang mcm ni mcm tu.. setiap orang berbeza,ada perwatakan masing, n bukan semua terok,n bukan semua baek,tp if sorang buruk,x boleh jgak kita kata yang lain pun buruk.x da yang sama n 100% perfect.

mus pun x tawu entry ni pasal apa..sebenarnya setiap orang kena tngok sendiri n buat penilaian..if x de diorang n nk harapkan anak anak muda yang dilatih untuk BERCAKAP ja,mungkin negara x kan maju dari segi pembangunan sebab diorang ja yg mahir n sanggup dalam kerja2 tu..

Friday, February 3, 2012

NILAI SEORANG WANITA


" Apa nilai seorang perempuan kat mata awak ?"

Tetiba terasa nk menulis pasal nilai seorang wanita sbb ada la sorang ni tetiba je tnya mus pasal ni. Tetiba je,ntah la apa motif dia ,macam ada something x kena yg sebabkan dia terpikir nk tanya mus. Text kul 1 pagi plak tu,time org tido. If sekadar bertanya,x kn la time waktu2 genting mcm tu(bukan genting highland ye)

Tapi x pe la..

urmm...Nilai seorang wanita ni terlalu tinggi.. Sedangkan seorang ibu,status ibu tu didahulukan dari segalanya,dari bapa,dlm apa2 hal je larh x kira dalam agama apa pun,Islam ke,buddha ke,hindu ke,apa2 agama je la,ibu didahulukan dalam apa jua hal sekalipun..tu da menunjukkan wanita tu nilainya tinggi. Tu dari sudut keseluruhan,dari sudut umum la.

Bagi mus plak,,mcm yg mus ada terangkan kt sorang yg bertanya ni,awal2 pagi plak,mus pun baru je bangun tido time tu,mcm ni je yg dpt mus fikir. Wanita ni mcm permata dalam 1 balang kaca. Ntah kenapa mus pilih kaca n permata.. So penjelasan dia(x tawu jelas ke x) mcm mana pun rupa balang tu,herot ke,lonjong ke,sumbing ke penutup balang tu,bentuk pelik ke,apa yg dilihat,yg dinilai bukan dekat balang,but permata yg ada dlm balang,diri wanita tu sendiri. Andaikan balang tu pecah,permata dalam tu kita x buang sebab kita tawu nilai dia..kita simpan dalam balang baru dengn permata yg sama. Mksudnya if jadi apa2 kt wanita ni,sakit,patah tngan kaki pinggang ,muka calar2 ke,dia tetap org yg sama,seorang permata bak permata. Betapa berharga wanita ni.. If ikutkan,wanita ni x ternilai,x da apa2 yg bleh disamakan dengan nilai seorang wanita.

Ni ja penjelasan yg dapat mus buat.. Ntah,sebelum ni mcm mus anggap wanita ni mcm nilai dia rendah je,sbb senang je sakitkan hati diorang..x terpikir langsung pasal perasaan diorang. Biasala kan ,manusia ni dapat kesedaran lambat,makan masa.Alhamdulillah,mus da mula sedar pasal tu. Banyak benda mus kena perbaiki dalam diri ni. Memang manusia ni x pernah sempurna,tapi x kan nk trus x sempurna sampai ke mati.. Manusia dicipta mmng x sempurna,but kita kena la ikhtiar untuk sempurnakan ketidaksempurnaan tu...

"Tuhan tawu ada org tunggu awk dekat sini"

Sunday, January 15, 2012

I'LL KEEP IT

Assalamualaikum..ek,tengahari da kot..so,slamat tengahari..(da nk msuk zohor dah,ke da masuk?@.@)

sebenarnya x tawu nk update ape da kt blog ni..asyik2 crita benda sama je..ulang2 tajuk yg berkenaan tu je kan...da nk buat mcm mana,mmng x bleh nk ketepikan dia..dia mcm da melekat terus dekat diri mus skng ni...

arini sebab x tawu nk update apa dah,so mus nk share smthing lah yg dari dulu mus simpan,x tukar2 atas sebab perjanjian dengan smeone,,,sapa lagi kan..=,=...dak keras kepala tu larh..

dia belikan mus wallet baru..but smpai skrang belum ada kesempatan nk jmpa dia n dptkan hadiah yg dia nk bagi tu..belum ada rezeki kan..so,mus da janji kt diri ni x kan tukar wallet selagi x jmpa dia n juz akan guna wallet yg dia da belikan tu..smpai sekarang masih guna wallet yg sama yg da x tawu mcm mana da rupa dia...if org tengok mesti da suruh campak lam tong sampah...









ni la rupa wallet yg ntah da brapa tahun da pakai..sgala hujan,selut,panas terik,ribut apa semua da kena...da brapa bnyak tape da lekat ..
tp...da x nk tukar baru,nk wat camna lagi kan...

tu je larh..masih menanti wallet baru dari si dia...

CEPAT SEMBUH YE
"Tuhan tahu ada orang tunggu awk dekat sini"

Friday, December 30, 2011

Happy Birthday Awak..!!

Selamat Hari Lahir...
"Siti Nur Umairah...wahh..da masuk 19 tahun la kan..perhh..tua dari papa..kena panggil kakak la kan..kan kakak kan..
hehe..
papa wish awal sbb mlm ni mcm istimewa skit..
papa masak khas untuk baby....
lasagna yg papa janjikan plus omelate style hotel...ada cheese lagi..fuhh
tp papa mkn sorang2 je larh....baby mcm x brapa sihat,n x on9..
papa lupa amik gmbr..papa just record je video..than bateri da abis..mls nk cas untuk amik gmbr plak..lasagna pun papa da mkn abis...x kan nk simpan untuk baby,ntah bila la baby nk mkn..if nk tngok video papa masak harini,nnt jmpa insyaallah papa tunjuk k..senang2 papa masak live trus..hehe..
urmmm..papa rindu awak sngt2..walaupun kita x pernah jmpa,but papa asyik rindukan awk..papa dah x mencari sbb papa yakin dengan cinta papa..satu hari kita akan jumpa jgak..awk pun x bg sy buang masa cari awk kan?sbb awk da jnji nk jmpa papa so knapa mesti mencari..rite..tp kadang2 cuti papa pusing2 jgak taman tu..harap2 terserempak dngn org yg papa syg..
harap awk cepat2 sembuh...sihat balik mcm dulu..walaupun x sepenuhnya,papa harap awk dpt bertahan untuk beberapa tahun lagi,just untuk papa jaga awk..perkenalan papa dngn awk bukan niat untuk berkawan je..papa kalau boleh nk hubungan kita smpai ke jinjing pelamin..mmng papa nk jaga awk...papa always doakan kesihatan awk..take care..
(luv...papa)"


kalau la ak boleh bercakap dengan dia..ini la yg mungkin ak akan smpaikan...memang ak x dpt nafikan,ak rindu sngt dekat dia..dah lebih 10bulan kami kenal,but belum pernah bersua..bg org lain x la lama sngt 10 bulan,bukan 10 tahun...tp dengan cara kami kenal agak laen skit,thatz y terasa agak lama..apa yg mampu ak buat sekarang hanya trus berdoa untuk kesihatan dia...skng ni susah untuk dia slalu on9...dia kerap sakit2 kepala..harap dia bleh truskan operation tu..untuk kebaikan dia jgak..dari dia trus terseksa dengan sakit2 dia tu..so,tu je yg ak mampu buat..apa2 pun,selamat hari lahir awk..^^..papa akn simpan semua hadiah2 ni untuk awk..


SELAMAT HARI LAHIR SITI NUR UMAIRAH
CINTAKU X KAN LUPUT DITELAN ZAMAN

Saturday, December 10, 2011

'ISTERIKU' Dah Sampai

'kenderaan anda telah dihantar.sila tuntut kenderaan anda sebelum jam 5.30 petang di pos laju Kuala Terengganu..sebarang pertanyaan sila dail nombor ..........'

yeahh...da smpai GTR ku....^^..lepas dekat seminggu lebih masuk 10 hari da tunggu x sampai2 jgak..than petang 8 haribulan tu,hari khamis..baru la dapat msj dari org pos laju..

but kecewa dengan servis pos laju ni.nk komplain skit kt sini....x de org baca so x de la yg terasa kan..gpun x kenal pun mana2 org pos laju ni...
kecekapan diorang buat kerja..hurhh..hampeh.!!..tmbah2 org belah terengganu ni,lembab buat kerja..dah la cara cakap mcm mintak satu kali tumbuk je..geram ak..lepas tu pasal hntr motor ni,ckp paling lewat seminggu..PALING LEWAT...so,laaaagi lewat dari paling lewat tu,10 hari la kan..=,=....

tu pasal lewat..skng pasal keadaan motor...smpai2 je motor,pg tngok..aduss...rasa mcm nk teqiak pun ada...calar sana sini,stiker abis koyak...adess..tawu la ak x balut motor tu,tp x pyh la kot smpai nk bg motor ak tu calar2..bukan clar je,koyak abis stiker yg mahal2 tu..nk kena buat balik la lepas ni...tp x pe larh,ada jgak alasan nk spray lain...n 'dia' nk warna purple..akn ak tunaikan hasrat 'dia'..^_^

ni gmbar keadaan motor lepas smpai dekat pos laju KT..









Monday, November 21, 2011

Good News n d Bad News

selamat pagi...^^(da tengahari da pun,tp sbb baru bangun,so still pagi..huhu)
orite..entry harini..Good News dngn Bad News..????
natang ape ni harh?..tiba2 ja pasal berita2 nih...
...
so,mana 1 nk mula dulu?

mesti la bad news dulu kan...itu la yg slalu org mulakan dulu,incase org yg tawu berita terkejut,or x dpt trima,good news boleh membantu kemudian...^_^

ok..crita dia mcm ni..ntah la ada kena mngena dngn ak ke x...(mesti la ada,blog pun tentang MJ)

hampir stiap hari ak memikirkan dia..doa ku sentiasa menyebut namanya..sehinggakan ak naik sakit kepala memikirkan,kenapa suma mesti jadi mcm ni..adakah takdir dah menentukan kami x mungkin dpt bersama walau mcm mana pun ak berusaha?..Dia akan membantu hambaNya yg berusaha,tp hasilnya,tetap x dpt dilihat..adakah Allah x membantu ak?adakah Allah telah melupakan ak?stiap hari ak memohon doa padanya,agar ak diberi jalan penyelesaian,untuk bertemu dengannya..
x..hakikatnya,ak yg melupakanNya...semakin terjatuh dari landasan..gara2 ak terlalu ikutkan perasaan..sehingga perasaan dipinggirkan mulai wujud,dilupakan..kian ak hilang harapan..

itu la berita buruknya....kenapa la ak jadi mcm ni.tiap hari ak mikir,kenapa smpai mcm ni terok skali jadi dekat ak...n lagi terok bila situasi ni bertambah buruk..

"bes x isap rokok?"
"ko nk try ke?boleh la,rasa layan,tenang je..tp ko x pyh isap la,kalau boleh ak nk berenti isap rokok,tp da terlekat,susah plak ak nk berenti"

tenang..ketenangan..ye,tu yg ak perlu sekarang,untuk ak rungkaikan wayar2,serabut dalam kepala otak ak...stress n tension....ak mengharapkan benda yg bernama 'rokok' tu mungkin dpt membantu

"ar,ak try sekali boleh?"
"betul ni?ko biar betul..x pyh la,ak nasihatkan ko,x pyh amik rokok"
"ala,sekali je...nk try je pun"
"ar,amik ni"

dihulurkan sebatang rokok yg diambil dari kotak yg berwarna merah..x silap ak tertulis 'canyon' diatasnya..

"cmna nk isap nih?"
"ko sedut asap tu dalam2,than tahan kejap,lepas tu lepas..betul ni ko nk isap rokok?"
"ntah ar..ak try ja kot"

dinyalakan rokok yg tersedia di bibir..dan mula disedut 'asap pembunuh dalam diam' dari sebatang rokok..

"ohhokk..hokk..aghkk..(batuk)..x best langsung..cmne ko isap benda nih?"
"mula2 mcm ni la,batuk2..lepas da biase,baru rase nikmat dia"
"x mau la ak..ni ak buang je la kot(rokok yg baru dinyalakan)"
"tu la,ak da ckp,x pyh isap"

ternyata rokok bukan jalan penyelesaian kepada masalah ak..lebih membuatkan ak sakit kepala..baru sekali sedut,bayangkan kalau ak teruskan,ntah apa yg bakal berlaku..ak mengambil keputusan,untuk menghindarkan diri dari benda yg bakal membunuh diri ak sendiri...

so..itu la berita buruknya..n rasanya da x kan bertambah buruk sbb x best pun rokok nih..rasa nk muntah..baik ak makan coki2 je..sedap,x da muntah2 pun..rokok,mmng x kan ak pegang lagi...

skng kepada berita gembira ataupun org putih panggil Good News...crita dia mcm nih

21/11/2011...jam menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi..ak terjaga dari tidur..malam tu rasanya ak tido awal,tp tiba2 terjaga..bunyi bising suara2 manusia dari katil bawah..ntah dari pukul brapa diorang main game ramai2..n bilik ak jadi pilihan..aduss..mmng nasib la,bilik ni je yg susunan katilnya pelik skit,so ruang untuk lepak2 lebih luas..dijadikan tempat untuk jiran sebelah bilik datang lepak n main game..kawan2 ak jgak,so ak x kisah..just malam tu mmng ak x dpt tido..dengan sakit kepala ak memikirkan si dia...
ak cuba untuk tidur kembali..baring ke kiri,kanan,meniarap,betulkan bantal..tetap x boleh tido..merasakan smthing yg x sedapkan hati ak...dengan gelak tawa dari bawah,menambahkan lagi kesukaran untuk ak melelapkan mata..
3.37 pagi...ak mendapat 1 mesej dari nombor yg familiar,tetapi tidak disavekan dalam handphone...
"Along dah bersalin"

^_^...kak puteri..setelah 9 bulan mengandung,n terlajak beberapa hari.Alhamdulillah,selamat melahirkan seorang bayi perempuan..kalau bukan disebabkan ak berada jauh dari kampung halaman,pasti ak akan bersama2 menunggu detik indah itu...

"kalau kak putri bg dia kuar awal skit,bleh dapat tarikh cantik 20112011..tp dpt 2112011 pun da cantik dah..=)"

mungkin sebab tu la ak x dpt melelapkan mata..ada berita yg menggembirakan menanti..x sabar untuk pulang ke rumah...tp,yela..ada sbulan lagi

yupz....tu la berita gembira..kak kesayangan ak da selamat lahirkan anak pertama dia...awal2 punya risau,sbb da overdue...takut bayi lemas lama2 dalam perut,but skng da selamat..^_^..tahniah abg Hafiz n kak Puteri..bila plak yg kedua..huhu..

thats the bad n the good news....

untuk berita buruk tu,pada sesiapa saja terutama org yg sy sayang..maafkan sy...masalah ni berat sngt bagi sy..bukan masalah yg selalu sy hadapi..but insyaAllah,sy akan elakkan dari benda2 buruk mcm ni berlaku lagi..sy sygkan awk..harap ak tawu betapa sy cintakan awk..
for sape2 yg kenal mus..alya,n shira....mus minta maaf..harap korang still nk kawan dngn mus..korang tawu mus x kan buat bnda2 mcm ni,ni bukan mus yg korang pernah kenal..so,mus akan still kekal mcm mus yg dulu..doakan mus dpt jumpa cinta mus tu k..^_^,syg korang(tetiba ber KL plak,padahal suma org kedah n penang)

"setiap musibah ada jalan penyelesaian,kita sebagai manusia,kena selalu mencari yakni berdoa,kadang2 kesilapan menyedarkan kita betapa jauh kita terpesong,kembalilah keatas landasan,dan terus berdoa,agar dipermudahkan segalanya..sesungguhnya Allah akan membantu hambanya yg berusaha ke arah kebaikan"

Saturday, November 19, 2011

Berubah~

Hampir sedekad ak berhenti menulis..kesibukan duniawi,itu saja yg mampu ak jadikan alasan mengaburi masalah2 jiwa yg semakin memakan diri hari demi hari..hampir sebulan dia menghilangkan diri.memang kebiasaan menantinya setiap hari,malah sudahpun menjadi rutin harian ak..

tp kali ni,berlainan dari sebelumnya..dia hilang tanpa khabar berita..ntah..lesap..hilang dibawa angin,tnpa meninggalkan kesan walau sedikit..

"abg tetap nk menangkan dia..dia da tipu abg taw x"
"kenapa adeq x boleh bg dia peluang skali lagi?"
"itu abg...but adeq,no..adeq benci dia buat abg mcm ni"
.....
.
"dia nk uji mus ja,nk tngok mus suka kan dia sebab rupa or what,tu yg guna gmbr org lain"
"ada bnyak lagi cara nk uji org,than,kalau dia betul2 sygkan mus,kenapa dia trus tipu guna
gambar org lain?so,mus sygkan dia sebab muka yg cute gmbr org lain tu la?"
"x..mus da sygkan dia sblom mus tngok gmbr tu lagi..mungkin dia risau mus x dpt trima
dengan penipuan dia tu"
"kau memang bodoh la mus..kath tawu,mesti mus pun rasa mus bodoh kan skrang ni,betul
x?"
.....
..

"dari awal akak x percaya kt dia mus..sbb dia mcm main2,x kan dia x boleh guna fon mak dia
untuk call mus..lepas tu tiap kali mus balik ja,dia hilang,mus x rasa pelik ka?"
"dia ada mslah apa2 kot kak,x pe,mus tunggu je larh"
"harh,baguih la mus..tunggu la org yg x wujud tu..kak kesian kat mus,kak kenal mus dari
skolah,mus baik..tp dia wat dekat mus mcm ni"
.....
..


hurmm...ramai yg masih ambil berat tentang masalah ak..tp ak x pernah perasan..cinta itu buta,membutakan hampir semua org yg ambil berat tentang kita..yg kita nmpk,yg kita syg,yg kita agung2kan ,cuma org yg kita rasa kita cintakan dia..

Siti Noor Salwa Rodzi...wawa..adeq..^^..yupz..ak sygkan dia..sebelum ira,dia la yg selalu mengisi ruang2 waktu dalam hidup ak..hampir setiap kredit fon,hampir separuh gaji ak,ak habiskan just untuk dia..merasakan dia pelengkap hidupku waktu tu..bukan mengungkit,tapi,untuk menguatkan lagi,betapa ak sygkan dia..tp hati ak x mampu menipu,syg aku untuk adeq ada hadnya ...setakat adeq dan abg..n ak terus menyayangi adeq seperti mana ak syg dia sebelum ini..
dalam diam..dia syg ak lebih dari seorang abg..
'patutlah dia x mau trima cinta To'od..dia tunggu ak selama ni'

"abg taw dak,mmng saat ni adeq tunggu..adeq dengaq apa abg ckp mlm tu,mmng adeq syg abg lebih dari just adeq n abg"

dalam tangisan,ak cuba bergurau senda untuk hilangkan segala strees yg ak alami, mengatakan "abg dah x da apa2 dengan ira..mungkin abg ni untuk adeq kot"
x sangka pengakuan tu la yg dinantikannya selama ni..
bagus kan,sekarang dia mula bencikan ak.. masih menangkan ira,sedangkan dia ada didepan mata..

ak perlu berubah...
berubah dari melukakan org lain
dengan melangkah maju kehadapan
teruskan hidup,dengan nafas baru...

thanks to seseorang yg masih nk membantu ak...
menghulurkan smthing yg bnyak menyedarkan,bahawa dunia ini masih indah untuk diterokai
Hidup ,Cinta ,Takdir
semua telah ditentukan..

kita just ikut haluannya saja..
yakin dengan setiap pilihan,percaya dengan keunikan takdir,keajaiban hidup,nescaya indahla pengakhirannya..

Hidup Itu Indah

Thursday, October 20, 2011

Tetap Mencari

harini ak menulis dalam keadaan ak demam yg agak panas..mungkin sbb ak keras kepala,kluar wktu hujan..da tawu dkt luar tngah hujan,kilat2 lagi,nk jgak kluar..n tujuan ak tetap sama,x pernah berubah walau sikit pun,ak terus mencari insan yg bergelar wanita yg ak cinta..

Pernah ak nyatakan hasrat untuk menulis dikala lapang untuk mengisi kekosongan,tp suma sekadar hsratku yg hilang seperti embun dikala hangat mentari menyinar..lesap..

Perasaan risau,takut...boleh dikatakan setiap hari menyelubungi hidup ak,walaupun bukan ak yg alami semua tu,tp terasa tempiasnya..mungkin ni kekuatan cinta..wallahualam..

"mungkin smpai bila2 dia x kan tahu alamat rumah ak"
lebih kurang mcm ni larh,apa yg dia nyatakan..n apa yg diperkatakan punya sebab tersendiri..dia x nk ak lebih risau tntang keadaan dia.dia x nk menjadi beban dalam hidup ak,tp yakinlah awk,yg awk x pernah membebankan sy walau sikit pun..kesakitan yg dia tanggung lebih sakit dari apa yg ak tawu..ye,boleh dikatakan setiap kali ak teringatkan hal ni,ak menangis..ya Allah,tabahkan lah diri hamba Mu itu...
setiap kali solat,ak berdoa agar dia cepat sembuh..supaya ak boleh ceriakan dia setiap hari seperti dulu..sewaktu ak mula kenal dngn insan yg kini menjadi cintaku.

kadang2 ak tersenyum sendri dalam lamunan..teringatkan kisah2 ak dulu,mulai mengenali insan istimewa ini..pada awalnya mmng agak kucar kacir kerana ak sudah berpunya..ada perbalahan antara ak dngn kekasih sebelumnya..disebabkan hati ak tertambat pada seorang wanita lain yg ak teramat syg hingga kini.

hampir setahun lebih ak bersamanya,tetapi perasaan yg dikatakan CINTA x pernah wujud antara ak dan dia(kekasih lamaku)...sekadar cinta palsu yg dibuat untuk menjaga hati.
setelah beberapa detik,ak sedar..berapa lama lagi ak nk trus menipu

kemudian,ak mulai mengenal lebih rapat dengan org yg ak rasa bakal Cinta ak yg pasti..mmng ak x pernah melihat rupa dia yg sebenar,x pernah ak dengar suara dia walaupun sepatah..tp perasaan syg dpt timbul.."ye,dia la cinta ak yg pasti"
hmpir beberapa bulan ak mengenalinya dan kami isytiharkan bahawa kami adalah pasangan kekasih..saat tu,x pernah ak lupa..tarikh 24.2...ak akan ingat tarikh ni smpai bila2.

tetapi..sesuatu terjadi

dia kemalangan..hampir sebulan dia mnghilang,baru ak tawu..dari kawan dia
lepas tawu berita tu,nasi didepan ak langsung x disentuh..hmpir jatuh jntung ak dpt tawu berita ni..ak ambil keputusan untuk balik rumah walaupun minggu tu ada kelas..ak abaikan tnggungjwb ak just untuk pergi melawat dia..

baguskan..ak balik x terfikir langsung mana dia tinggal..

kini hmpir 7 bulan lebih kami bersama n ak masih mencari si dia..ak x pernah penat n ak x kan putus asa mencari cinta ak

"berenti la wat kerja sia2..hg x taw dia dok mana,p cari x dpt apa,taman tu besaq kowt,skng da sakit2..dah la..kalau dia syg kt hg,x kn dia nk biaq hg cari2 mcm ni"

kata2 dari sorang rakan ak..but bnda ni x pernah jatuhkan semngat ak untuk trus mencari..ak sakit,sakit lagi dia dari ak..
apa yg dia buat,mmng bersebab.. ak tawu semua tu...mmng kerap kali buat ak menangis,trbayang betapa kerap lagi dia menangis...

ak akan trus mencari cinta aku,sbb ak pasti,ak akan jumpa suatu hari nanti..biar la org ckp ak gila wat kerja mengarut ni,sbb mmng betul ak gila,ak gilakan dia...dia da sedarkan ak tentang mcm2..hanya dia yg dah sedarkan ak..

AKU AKAN TETAP MENCARI
"awak...sy doakan awk cepat sembuh..n dpt buat keputusan secepat mungkin..awk x pyh takut,kami semua sentiasa ingat awk,awk jngn risau pasal tu ye..sy akan simpan semua memori tu,untuk awk..sy always sygkan awk,n mungkin dah cintakan awk selama ni"




Wednesday, October 12, 2011

Bunuh Diri?

''janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah maha menyanyangimu'' - maksud surah An Nisaa : 28

''dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja'' - maksud surah Yusof : 78

"Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

assalamualaikum ....
.
baru sehari mus dekat rumah..sem 1 baru je habis,n skng tengah cuti sbulan..
dlm masa 1 hari,mampu ubah seseorang dari waras kepada kurang waras...
thatz y mus sentuh pasal bunuh diri..org x waras je yg x syg nyawa dia..
..
lebih kurang 2 jam,kira baru je td...mus hampir terjun dari jambatan..jambatan apa lagi kt sini slain jambatan Pulau Pinang..ye,mmng mus pegi situ..lepas mus pergi mencari sesuatu yg x pasti.tp lepas mus trfikirkan fmly,kakak angkat mus yg bakal bersalin,kawan2,amalan mus,tmbah kalau mus terjun,da kira dosa besar diharamkan syurga..mus batalkan niat tu..ampunkan aku ya Allah.

"skrng mus p blik tdk jpg akak tpon umh mus"
hurmm..kak putri..skng dia plak yg always support mus...yg slalu bantu mus...apa2 hal,dia plak jadi kaunselor,sblom ni mus larh penasihat peribadi dia..sbb kak putri larh,msj dari dia yg sedarkan mus dari lamunan syaitan...thankz kak putri,ingatkan mus..
....
mungkin Tuhan nk uji,mmpu x mus hadapi semua ni...betul ke cara mus n apa yg ptut mus wat perubahan..stiap manusia punya akal tetapi slalu terlupa dngn tngjawab asal sbagai khalifah dkt atas bumi Allah..bnda2 ni larh yg sedarkan balik apa yg silap,apa yg perlu dibetulkan,apa yg perlu dielakkan..

...
buat insan yg digelar tulang rusuk lelaki..sy minta maaf atas apa yg sy hmpir buat...sy x dpt kawal diri..sy x tawu kenapa sy jadi mcm ni..
sy x salahkan awk,sy x salahkan sapa2...org lain pun x boleh salahkan awk sbb awk mmng x pernah buat salah...mungkin blom ada rezeki kita nk jmpa kan..mungkin da disediakn tarikh tertentu yg kita bakal jumpa..lgipun kalau sy truskan apa yg difkirkan tu,mcm mana sy nk tunaikan janji2 yg da sy buat...bukan ke dikira munafik if mungkir jnji...jadi,sy akan jaga diri sy,untuk tunaikan setiap janji yg pernah sy janjikan..

"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".

::sy akan cari awk suatu hari nanti bersama CINTA::
~Siti Nur Umairah Binti Ishak~

Sunday, September 18, 2011

Penantian Diteruskan...

da hampir beberapa bulan dekat Universiti Malaysia Terengganu(UMT)..n mcm2 hal jadi dekat sini...dengan perangai orang yg macam2..fuhh..sem ni da bnyak event mus join,mcm AnnualDinner untuk kelab REVOF,ihya Ramadhan,Sambutan Merdeka, n baru ni Malam Revof...lepas ni maybe join untuk Pesta Konvo n pertandingan memancing plak..hoho..
..
1 lagi,mus join kelab menari..haha,senam tari,kira ala2 senam robik...bukan menari yg lembut2 tu..mmng enjoy gila arh,gelak2 je sbb mus 1st time menari n keras mcm kayu..hahaha..tp kata org,practice make perfect kan..^_^..pastu gila peluh mcm pegi jogging...hari2 menari mmng boleh kurus arh..so sapa2 yg nk kurangkan berat badan,jom la masuk senam tari..^_^
..
Final exm da nk dekat,n tu mksudnya da nk dekat cuti..huhuuu..tunggu mus ye hari cuti..aahakk..
..
tentang Penantian Diteruskan...yupz...
mus still teruskan hobi yg mus suka buat..menunggu seseorang...n dah pasti org tu Siti Nur Umairah..makin menunggu ,makin bertambah rindu..pelik kan..kami x pernah jumpa,just baru2 ni dpt call n brckp dngn dia..suara dia cute sngt..mcm nk dngr je dia membebel if boleh(tp dia x bnyak ckp sngt)..tp perasaan rindu tu boleh ada antara kami..
kalau dpt jumpa nnt,x taw la brapa bnyak rindunya nnt..hehe...hanya antara kami yg tawu..kan baby kan.=p
..

"Baby,Papa akan terus tunggu baby walau lama mana pun sbb papa nk hidup dngn baby sepanjang hidup papa ,insyaallah"

Tuesday, August 30, 2011

Mencari sesuatu yg x pasti

Assalamualaikum...
..
30 ogos...da raya dah ni..
tp suasana raya mcm x brapa meriah tahun ni..suasana bulan puasa,suasana nk dekat raya
x sama langsung mcm tahun sebelum2 nih...
...
mula dngn fmly mus sendiri..
dulu2 if nk dekat raya,kuar shopping skali ramai2..buat kuih raya dngn kakak n mak..main bunga api dengan adik2 smbil nyanyi2..
but now..suma tu da brubah..masing2 sibuk dengan hal sendiri..nasib baik mus da beli baju awal2..kasut je x de...=(
....
tinggalkan hal pasal raya,
berbalik kepada tajuk asal yg mus nk kongsi..
'Mencari Sesuatu Yang X Pasti'
....

pernah x sapa2 alami benda ni?
betul2 nk mencari smthing,but bnda tu x tawu ada or x da..tp tetap nk cari jgak smpai jumpa.
mcm kerja bodoh kan..
x tawu apa yg kita cari..
..
bg org lain mungkin rasa kerja ni sia2..buang masa ja..
..
tp
bg mus,mencari sesuatu yg x pasti buat mus rasa lebih sygkan apa yg mus cari n mus x kan hilangkan if mus jumpa apa yg dicari..
ye larh..npe x syg plak kan,punya lama,n susah payah cari,x kan nk bagi hilang balik..mesti la jaga betul2...
..
yupz...itu larh yg mus slalu buat bila mus balik rumah dari Terengganu..
mus keluar mencari,seseorang,yg mus x pernah jumpa,x pernah kenal depan2,x pernah dengar suara,n x pernah tawu dia stay dekat mana pun...
just berbekalkan warna n jenis kereta,warna bumbung n keadaan rumah yg bnyk pokok..
mus tetap cari walaupun dah bnyak kali,n x pernah jumpa..
berpuluh puluh jiran kawasan tu ditanya,kenal x org yg nk dicari ni,sorang pun x tawu..
..
rasa mcm DIRI ni dipermainkan(tanggapan org lain larh if diorang jadi mus,da ramai kowt yg kata mcm nih"hang kena main ngan dia nih,dia mcm x serius ja"..)

tp mus x endah semua tu,sbb mus percaya 'dia' x kan mainkan mus..
29 ogos,SEKALI LAGI mus pergi mencari sesuatu yg x pasti...

tetap x da perkembangan,x jumpa jgak..

entah la sampai bila mus nk buat mcm ni..apa yg mus cari tetap blom jumpa,n x bnyak masa mus dapat luangkan untuk tu..

(Awak,kenapa awk buat sy mcm ni?..)




Friday, August 26, 2011

HOBiku SELAMANYA

3.07minit pagi....
satu badan x stabil..terketar2 tangan n badan aku...hujan dari malam sampai ke pagi..
bertambah ketar2 dengan luahan hati org yg aku syg...dia tiba2 hilang n inbox aku satu pesanan..
n yang pasti bukan berita yg gembira,yang akan mngukir senyuman dekat muka aku sepanjang perjalan balik ke Kulim..Siti Nur Umairah...npe mesti awk buat keputusan mcm nih...
pagi ni mmng x dpt nk tulis pnjang,kepala ak just pk 1 bnda je..'kenapa mesti mcm ni?'...
dia nk ak happy,sbb tu keputusn mcm ni diambil...harap dia tawu,kputusan yg dia buat tu,mmng x akan hppykan ak langsung...myb lepas ni,tiada lagi senyuman yg dpt ak ukirkan..even sblom ni pun suma tu just pksaan,supaya ak x dianggap sombong...tp lepas ni,yupz..no more hppy face on me....x kan ada...biar ape org ckp,diorang x tawu hati ak mcm mana skng ni...awk..sy minta maaf,sy x dpt trima keputusan yg awk buat..sy ttp akan syg awk...n sy akn ttp tunggu awk..

Menanti Siti Nur Umairah tetap menjadi hobiku selamanya...

Saturday, August 13, 2011

Raya Bakal TIbaa!!!


Raya??..
yeahh..bila cakap pasal raya,mesti semua yg ada diperantauan teringatkan kampung halaman..^_^..samalah dengan aku yg ada jauh beribu riban kilometer dari Kedah...(x de lasmpai ribu2...mcm dok obersea plak)....
Puasa tahun ni boleh dikatakan 1st time,x puasa kat rumah..(bukan x puasa ok)..seumo hidup,ni la 1st time puasa kt perantauan...TERENGGANU..biasa la kan,semakin dewasa,semakin jauh kita cari ilmu,terpaksa la berkorban sikit...ilmu sememangnya x mudah untuk kita kecapi..just org yg betul2 nk kan ilmu,maka dapat la ilmu tu walaupun terpaksa jauh ngan family(aku la tu =p)..

sebenarnya bukan la nk crita pasal dptkan ilmu,dok jauh dari rumah or ape2...nk crita pasal kehidupan aku dekat U sebenarnya..tp x la bnyak mane...hehe

aktiviti harian adalah....TIDO..yaarrhh..tu la aktiviti tiap2 pagi or petang if x de klas...sbb batch tahun ni masuk awal n just ada budak2 diploma je,dah la satu je course diploma,mmng agak lengang arh..so,mcm sunyi je U ni,mmng sesuai untuk tido..^_^
mmng ade mcm2 jenis org kt U nih,n yg baru ak jumpak skng ni,blom semua lagi,nnt masuk dak degree,lagi larh...mcm2 pe'el...nk gelak pun ada...hahhaha...

nk ckp pasal rindu family.mmng x dpt dinafikan,rindu sngt2...mcm nk balik tiap2 minggu ja..tp sbb mak x bagi balik,so,stay je...(ingat dekat ke)..n rindu aku lagi bertambah lpas wujud sorang ni dlam hidup aku..SITI NUR UMAIRAH...


raya ni insyaAllah aku akan jumpa dia n bawak dia datang jumpa family..
aku ikhlas sayangkan dia n aku nk sayang ni terus ke jinjing pelamin..
so,parents aku tawu,aku mmng x main2 dengan perhubungan aku dengan Siti Nur Umairah

awak..
tunggu saya balik k..
rindu awk sangat2..

Tuesday, May 10, 2011

sAYA BaKal Penternak iKAn BERJAYA!!!

ikan dilaut,
asam didarat ,
dalam periuk,
bikin muafakat..


lepas beberapa detik menanti keputusan UPU(lepas bukak matrikulasi,x dpt pun)
akhirnya...kuar jugak keputusan...
yg terkejutnya..dpt diploma perikanan kt Universiti Malaysia Terengganu,UMT..
(=,= bukan ka yg nih pilihan ketujuh??cmna bleh lompat sampai tujuh nih?)
...
dari pilihan 1st smpai ke 6th kot,pilih suma yg ada kena mngena dengan imaginasi,bnda nk kena pakai kepala otak...tapi satu apa pun x dpt....
...
mula2 trkejut n sedih jgak...iyer larh,bnda yg betul2 minat,kita x dpt kan...
sapa suruh x bg result gempak2...
..

tapi apa apa pun,mus brsyukur sbb dpt jugak msuk U even jauh gila nun disana..
na..na...na..na....naaa..ganu kiterrr..!!
...
^___________^

if nk ikut kisah awal,perikanan ni mmng da lama dibincangkan ngan fmly mus,sblom isi borang UPU tu lagi...
mak,ayah,abg,kakak..suma suruh amik perikanan ni,nnt smbung amik marine biologist..
boleh skuba selam2 masuk lam air..(lam air la,x kan skuba msuk dlm tanah)

myb tu salah 1 fktor kenapa mus bleh dpt perikanan nih,dari awl da nmpak dah apa mus nk dpt,myb da ditetapkan oleh ALLAH..

nk kata minat tu,mmng la minat ,tp yg mls tu,nk bljar..hahaha..

...start 1 Jun 2011,jauh la mus dari kwn2...dari fmly,semua2 larh...
jauh dari Miss Heart...

...


(ingat sy selalu ye awk...even kita jauh...)

ni la keputusan yg mus amik jgak...
so

SAYA BAKAL JADI PENTERNAK IKAN BERJAYA!!!!