Sunday, August 19, 2012

Happy Eid Mubarak

selesai sudah puasa hampir sebulan..now time untuk raikan kemenangan berjuang melawan nafsu lapar,nafsu dahaga,segala jenis nafsu yang x brapa nk elok nih...
ESOK RAYA OIIIiii..!!!...

^_______________________________^

dari petang tadi dngar org main mercun...bunyi meletup bunga api..
haihh..da lama dah tinggal mercun,meriam bunga apa semua nih..
tringat dulu-dulu,waktu tingkatan 1 ke 2 ntah,sebab x jumpa paip besi yang sesuai untuk buat meriam,sanggup potong paip poli warna hitam yang diorang letak dekat tengah jalan untuk wiring lampu jalan...haha..buat operasi waktu semua tengah terawih..rasanya meriam paling power pernah buat waktu tu..
kami buat kubu dalam hutan klapa sawit,lengkap dengan tempat amik air,kubu bawah tanah..n sebab kuat sangat,ada org sabotaj taruk plastik dalam lubang meriam..da x boleh buat apa sebab meriam tu tanam dalam tanah n siap cover dengan simen,takut meletup..n polis plak buat rondaan,meriam tu dah kena sita..hahaha..

tringat jgak waktu darjah 6,main meriam tin atau ada org panggil meriam katak sbb dia terbang naik atas..main dekat tepi sungai,..sampai ada org tengah mancing bengang sebab x dpt ikan,katanya meriam kami kacau,ikan lari..haha..tapi kami buat x taw ja sbb org tu dok seberang..last cucuh meriam bila tin tu jatuh atas kawan sorang ni,dia cucuh n lari,then tin tu jatuh atas blakang dia..perhh,,sakit kot..

bnyak pengalaman main meriam ni,sronok...orang bandar skrang ni ramai yang x tawu main meriam..rugi betul,semua beli bunga api besar2 je..meletup skali abis puluh2,ratus2 ringgit..meriam ni beli spaket rm5,bleh main smpai da x larat main dah...

tapi raya setiap tahun makin lama makin x terasa..x taw la,semangat,aura raya tu x brapa nk ada..mungkin kepala ni asyik pikir benda lain sampai raya pun x leh nk selit2 celah pemikiran..plus suasana raya skang ni x sama mcm dulu..dulu2 bleh nmpk bnyak pelita,budak2 main bunga api,main kjar2 kt luar masjid..skang ni budak2 da x main kejar2..diorang main ipad,android n dok diam2 ja...pelita pun if ada semua yang plastik,beli dekat kedai,bukan yang buluh panjut tu...

apapun...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin..
kepada mak.,ayah,abang,kakak n adik-adik,tafa minta maaf if ada buat salah apa2.rasanya bnyak salah yg tafa da buat...smpai hampa semua penat melayan...mak pun dah x larat nk marah tafa dah...ni maaf dalam blog,esok raya betoi maaf la depan2,peluk2 cium suma ^__^


raya tahun ni jgak,harap dapat bertemu dengan kekasih hati yang sekian lama x jumpa..bukan x jumpa,tp x pernah jumpa..insyaallah if ada rezeki,termakbul doa di malam raya untuk berjumpa
 Cik Hati Mustafa Jamaludin... 

wassalam

Friday, August 10, 2012

Apa Aku Buat??

Bunyi sang cengkerik mengisi kesunyian malam yang aku rasa agak menenangkan. Menenangkan jiwa seorang hamba yang berada dalam kekeliruan..
    "adakah betul apa yang aku buat,betulkah jalan yang aku pilih"

Aku terkaku dikala dia melemparkan luahan hatinya..betapa dia kecewa dengan apa yang telah berlaku..aku telah melukakan hati seorang insan lemah,mungkin telah hancur dalam perbuatanku..mengapa aku mempermainkan hatinya?..adakah kerna aku tidak pernah menyayanginya?..

aku menipu bagi memberi ruang kepada orang yang lebih layak untuk membimbingnya..aku menipu bagi menjauhkan dirinya dari aku yang jahil tentang agama,yang masih kurang ilmu didada..aku menipu bagi memberi ruang untuk diri aku bersendiri,menguatkan kembali apa yang lemah...agar tidak tersebar fakta fakta yang hakikatnya palsu.

yang pasti,aku menipu bahawa aku tidak pernah menyayanginya..tidak pernah menyukainya..tidak pernah cuba mencintainya..salah..aku sngt sayangkan dia,tetapi aku x mampu menipu diri bahawa aku masih menyayangi seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku..walaupun dia tidak pernah betul2 hadir dalam hidup aku,tetapi dia la satu satunya yang mendapat restu dari keluarga..maafkan aku

aku banyak berdosa...penipuan yang tidak terkira...dikatakan aku mementingkan diri sendiri..tetapi inilah keputusan aku,bagi kepentingan bersama.

titisan air mata..menitis sehingga membasahi pipi namun aku tidak mampu berbuat apa apa..siapalah aku kepada dia?....hanya org yang telah menghancurkan harapan seorang insan untuk mengetahui lebih dalam tentang Islam..

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.....matlamat ku benar,niat ku ikhlas tetapi sayang,caraku salah..terang terangan semua tu maksiat,walaupun hanya bermesej manja yang menaikan syahwat yakni nafsu apatah lagi bersentuhan..selepas sebulan baru aku sedar..kenapa mesti sebulan?..adakah Tuhan cuba menguji aku?...adakah mampu aku sedar dalam tempoh yang diberikan...Alhamdulillah,aku mulai sedar...walaupun masih samar2..but Insyaallah,aku akan berubah...

maafkan aku,keputusanku bagai terlalu kejam...tapi inilah yang terbaik..mmnglah mengislamkan saudara bukan muslim itu satu perbuatan yang mulia..tetapi jika proses mengislamkan itu salah,berdosa besarlah balasannya..aku tidak sanggup,tiada yang dapat membantuku selain amalam ku..

segala apa yang ak berikan ,semuanya penuh dengan keikhlasan...ikhlas keutamaanku..aku tidak pernah berkira apa apa berkenaan satu permintaan..tetapi sekiranya keikhlasan itu pada jalan yang salah,adakah keikhlasan itu akan mendapat ganjaran pahala..itu yang aku takut..berapa besar dosa yang bakal diterima..itu yang aku takut..

aku tidak takut kehilangan cinta insan,kerna aku lebih takut kehilangan cinta Tuhan..

apa aku buat?....

maafkan aku.....ak masih perlukan bimbingan...




Islam itu indah,tetapi perbuatanku telah memburukkan Islam..ampunkan hambamu ya Allah

Monday, July 2, 2012

Suddenly

hari yg tiada pengisian..mcm hari-hari ak sebelum nih...dari dulu smpai sekarang,jiwa ak kosong..ntah larh start bila ak kurang bersemangat..bukan salah orang laen,bukan salah persekitaran,bukan salah sape-sape..but salah ak sendiri....hurhh..terima je la hakikat yg kau dah lari dari landasan n kau perlu betulkan keadaan..


harhh..apa la ak merepek ni..ni la jadi bila dok bilik sorang2..sume kuar mkn,ak baru nk mandi..skng da wangi n semua da hilang g mkn..berlapar la ak mlm ni,mls nk kuar mkn sorang...nk ajak skandal..hurhh,mcm la ak ni ada skandal..=,=

detik ak kenal dia,sejak ak mula berkawan dngan dia,sejak ak mula suka n kami declare sebagai pasangan istimewa,n sejak kami mula bercinta..n akhirnya sejak dia menghilang,tinggalkan ak dengan alasan nk ak mulakan hidup baru,sbb dia x sempurna mcm org laen...manusia x sempurna ok..mmng x boleh ak terima alasan tu...n sejak haritu,ak dah x pandai,ak dah x de perasaan,ak dah x mampu nk suke dekat org laen..setiap kali ak cuba nk kenal seseorang,nama dia muncul...ak tetap x boleh buang dia dari hidup ak walaupun ak dah ditinggalkan...

ak cuba buat diri ak mesra dengan org sekeliling..but ak da x pndai..ak asyik fikirkan org yg sama..yg buat ak tunggu,tunggu...n tunggu...

n now SUDDENLY dia muncul balik..dikala ak mulai tawar hati...ntah la,ak x tawu nk melayan perasaan ak...ak dah x pandai nk kawal sabar ak ..sama ada ak nk terus menanti ak biar semua ni berlalu..mcm x da apa yg pernah berlaku..

apa pun..ak akan cuba betulkan keadaan...untuk tebus apa yg pernah ak buat sebelum nih...


Saturday, April 28, 2012

go FISH..

Petang yg indah...cuaca pun boleh tahan,mcm nk hujan,tp kebiasaan la hujan petang musim ni..
"jom,mancing bwh jmbtan,nk ikut x?"
"ak on ja..jom"

Kairul aka anak mamak.haha(gurau ja)..ajak p mancing bwh jambatan Pulau Pinang..seumo hidup smpai umo 19 x penah ak p bwh jambatan..so x lepas ar peluang ni...petang tu siap2 mcm x da apa berlaku..mancing letak luar siap2..sbb kalau ak siap mancing depan mak,gerenti dia tnya..mls nk dengar bletiaq panjang2..lepas da siap semua,nk gerak dah baru bgtaw nk p mancing n mungkin balik sok pagi,so leteren dia pendek skit sbb ak da gerak p kt motor...bijak x..hohoho

smpai rumah kairul,moto ak tinggai,neik LC dia ja.senang skit,bnyak2 moto pun semak..than trus gerak p seberang jaya tunggu kawan si kairul ni,Ary..bleh kata dia pemancing tegar la jgak..mahal2 ja barang,siap bwk rapala..

than bwk moto p Penang..parking moto kt tempat bot n trus blah p bwh jmbtan..tambang p n balik rm20 sorang..ikut jarak tiang..kami dok tiang tengah skali.area ada batu2 tu..so mahal la jgak sbb jauh..

sampai2 ja trus pasang joran..ak baru nk ikat tali,lama x mancing so simpan la mata kail tu.siap semua trus lempaq umpan,guna hirisan udang besar..x mo boh bnyak2 ,membazir nnt..hahaha

ak org 1st bwk neik ikan..nyuk nyuk sebesar 10kilo...(ak tipu)...besar tapak tangan ja..kira boleh la,bukan senang nk dapat ikan tu...than ary dpt kerapu..n kerapu lagi..semua kerapu dia dpt..ada dlm 8 ekor..kairul dpt gelama n kerapu sekor x silap..n sekor lagi ikan apa ntah..than ak dpt ketuka saiz dewasa pckage ngan anak dlm perut...haha..anak lepas balik la,still hidup..kecik bukan bleh mkn,bakar trus ilang celah gigi ja..
stay 1 hari,so mesti ada mlm..malam dlm kul 11 da stop,pg tido...perrhh..suasana mlm dia mcm dok kt kutub utara..bukan sbb sejuk,tp angin dia x breti2...ye la,tengah laut kan..mmng x mcm dok kt darat..sejuk tu x pyh crita la..nasib baek x hujan,ak plak baru ja beik demam selsema..pakai sweater n alas kepala ngan batu..mmng syiok la pengalaman tidoq situ..kalau ada peluang nk p lagi..haha

than pagi kul 9 gerak balik.smpai ja jeti,tngok2 helmet hilang..depa potong tali..silap x bwk p bwh jmbatan skali..apa lagi,pusing2 cari helmet lain ar..nk balik punya pasal,gila atas jmbatan x pakai helmet..dlm kul 11 dpt helmet trus balik...

pengalaman mancing bawah jambatan mmng syiok..tapi bekalan kena cukup..kalau x posa la tengah tu..

than lepas jumaat trus tidoq...

Lulus..!!

Assalamualaikum saudare saudari cikebum cikebum..apa kabar semua eee...(bukan ada org baca pun blog ak ni)....
orite...setelah sekian lama menyepi,menyendiri,termenung n frust trmenonggeng la jgak tanpa sebab munasabah..kini kembali ke pangkuan jalan..

ujian memandu yg kian trtangguh kini diteruskan..daftar tahun lepas.tahun ni baru nk buat..bagus..nasib baek depa x buat penalti,x siap dalam brapa bulan,anda perlu blajar balik dari awai...=,=..

apa pun,ak da LULUS oii...!!..

sape2 nk g jalan2,n perlukan driver...silakan pegi cari,but not me..walaupun da boleh bwk keta,ak lg slesa bwk moto..(sbb sorang2 je yg naek,nk besar2 keta buat apa)....nk mnyelit pun senang,x pyh pening2 ngan jam tengah jalan....ada peluang mandi hujan..yeaahH...

tu je la..nk crita pasal dpt lesen ja..tp kad blom siap,sbb gmbar baru ja bg..haha

Monday, March 19, 2012

Waiting For Her

The Truth Bout Life

"Bangla mai Malaysia,abis suma benda depa amik..kerja untuk orang Malaysia,tp Bangla yang banyak pegang..handphone mahal mahal,semua geng geng Bangla da pakai..rumah besar besar,suma Bangla punya..teqok ar depa ni,depa x taw ka depa tu menumpang ja,yang dok buat hebat sangat kenapa?dah la pengotoq,gelap,baju pun lusuh...eeeiii..terok!!"


entry kali ni pasal pendatang asing..yang datang negara kita Malaysia untuk bekerja sebab diorang tawu dekat sini diorang boleh cari makan untuk sara hidup diorang n family dekat kampung. X kisah la diorang ni warganegara mana pun,kalau bukan dari Malaysia,pendatang asing la diorang ni..

ada dua kategori pendatang ni...satu yang dapat izin,n satu yang x dapat izin that is 'PATI'.. than kategori ni akan pecah kepada beberapa cabang lain plak..macam yang datang cari kerja,stay cabang cari kerja,yang datang melancong,stay melancong tapi x boleh buat benda lain..tu antaranya la..

panjang2 ni just penerangan pasal pendatang asing..ntah la,macam x brapa terang je..BTW,x kisah la sebab bukan tu yang mus nk cerita dalam entry kali ni..

THE TRUTH BOUT LIFE

15 March 2012,5:00pm

"pakcik dekat kaunter tu suruh beli tiket dalam bas"
"tapi dik ,bas penuh ni,adik nk balik mana?"
"Kulim"

x da tiket,but terus masuk bas n duduk dekat tempat kosong yang ada. disebabkan tu bas last for that day untuk aku balik Kulim,terpaksa la aku tipu pakcik bas tu. (maaf pakcik,sy nak balik rumah).

"sebelas ringgit empat puluh sen"

baru sedar yang sebelah aku ni Bangladesh. tapi aku x kisah asalkan dapat balik. sepanjang perjalanan aku just duduk diam tengok gelagat orang. pakcik bas tu muka stress ja,kejap2 cucuh rokok. than orang depan aku dengar muzik,ada budak kecik sebelah dia..aku kiri kanan Bangladesh..than ada lagi sorang ibu ngan anak dia. yang kecik sorang tu anak dia la,tp seat asing2.banyak barang dia bawak,mcm lari rumah ja.

but kiri kanan aku ni...tiket x lepas walaupun tengah tido..
yang sebelah aku ni,dia tido nyenyak..mmng bas tu pusing jauh dari Alor Star nk ke Kulim..ak perhati dia dari atas smpai bawah ke kasut..satu2 aku tengok betul betul..

tangan dia nmpk keras je kulit,kuku smpai calar2..but bersih..pakaian diorang simple,but kemas..kalau betul2 keluar berjalan,diorang jaga penampilan..mesti diorang ni kerja kuat.

sebenarnya apa yang ak tertarik pasal diorang bukan penampilan..tp ak terpikat dengan satu benda. attitude diorang..tirai tingkap bas tu,lepas diorang bukak,diorang rapatkan balik elok2 than ikat dengan kemas..siap reben lagi..if kita, orang Malaysia,brapa sangat yang terasa nk ikat balik?..

but kenapa orang anggap golongan ni pengotor,jijik?

"ak ada kawan india"
"ko kawan dengan india??pelik ar ko ni"

sebab perbezaan warna kulit,pemakaian,bahasa,negara?..sebab golongan ni ASING than kita penduduk tetap boleh rendahkan diorang?

Pandangn manusia kadang2 tengok pakai hidung,macam adik ak cakap bila cari barang x jumpa..ak cari buku,but ak x tawu buku tu tebal ke nipis ke,warna apa,sapa yg tulis,aku taw tajuk ja..sama mcm orang asing,kita tawu diorang warganegara mana,than kita kelaskan diorang mcm ni mcm tu.. setiap orang berbeza,ada perwatakan masing, n bukan semua terok,n bukan semua baek,tp if sorang buruk,x boleh jgak kita kata yang lain pun buruk.x da yang sama n 100% perfect.

mus pun x tawu entry ni pasal apa..sebenarnya setiap orang kena tngok sendiri n buat penilaian..if x de diorang n nk harapkan anak anak muda yang dilatih untuk BERCAKAP ja,mungkin negara x kan maju dari segi pembangunan sebab diorang ja yg mahir n sanggup dalam kerja2 tu..

Friday, February 3, 2012

NILAI SEORANG WANITA


" Apa nilai seorang perempuan kat mata awak ?"

Tetiba terasa nk menulis pasal nilai seorang wanita sbb ada la sorang ni tetiba je tnya mus pasal ni. Tetiba je,ntah la apa motif dia ,macam ada something x kena yg sebabkan dia terpikir nk tanya mus. Text kul 1 pagi plak tu,time org tido. If sekadar bertanya,x kn la time waktu2 genting mcm tu(bukan genting highland ye)

Tapi x pe la..

urmm...Nilai seorang wanita ni terlalu tinggi.. Sedangkan seorang ibu,status ibu tu didahulukan dari segalanya,dari bapa,dlm apa2 hal je larh x kira dalam agama apa pun,Islam ke,buddha ke,hindu ke,apa2 agama je la,ibu didahulukan dalam apa jua hal sekalipun..tu da menunjukkan wanita tu nilainya tinggi. Tu dari sudut keseluruhan,dari sudut umum la.

Bagi mus plak,,mcm yg mus ada terangkan kt sorang yg bertanya ni,awal2 pagi plak,mus pun baru je bangun tido time tu,mcm ni je yg dpt mus fikir. Wanita ni mcm permata dalam 1 balang kaca. Ntah kenapa mus pilih kaca n permata.. So penjelasan dia(x tawu jelas ke x) mcm mana pun rupa balang tu,herot ke,lonjong ke,sumbing ke penutup balang tu,bentuk pelik ke,apa yg dilihat,yg dinilai bukan dekat balang,but permata yg ada dlm balang,diri wanita tu sendiri. Andaikan balang tu pecah,permata dalam tu kita x buang sebab kita tawu nilai dia..kita simpan dalam balang baru dengn permata yg sama. Mksudnya if jadi apa2 kt wanita ni,sakit,patah tngan kaki pinggang ,muka calar2 ke,dia tetap org yg sama,seorang permata bak permata. Betapa berharga wanita ni.. If ikutkan,wanita ni x ternilai,x da apa2 yg bleh disamakan dengan nilai seorang wanita.

Ni ja penjelasan yg dapat mus buat.. Ntah,sebelum ni mcm mus anggap wanita ni mcm nilai dia rendah je,sbb senang je sakitkan hati diorang..x terpikir langsung pasal perasaan diorang. Biasala kan ,manusia ni dapat kesedaran lambat,makan masa.Alhamdulillah,mus da mula sedar pasal tu. Banyak benda mus kena perbaiki dalam diri ni. Memang manusia ni x pernah sempurna,tapi x kan nk trus x sempurna sampai ke mati.. Manusia dicipta mmng x sempurna,but kita kena la ikhtiar untuk sempurnakan ketidaksempurnaan tu...

"Tuhan tawu ada org tunggu awk dekat sini"

Sunday, January 15, 2012

I'LL KEEP IT

Assalamualaikum..ek,tengahari da kot..so,slamat tengahari..(da nk msuk zohor dah,ke da masuk?@.@)

sebenarnya x tawu nk update ape da kt blog ni..asyik2 crita benda sama je..ulang2 tajuk yg berkenaan tu je kan...da nk buat mcm mana,mmng x bleh nk ketepikan dia..dia mcm da melekat terus dekat diri mus skng ni...

arini sebab x tawu nk update apa dah,so mus nk share smthing lah yg dari dulu mus simpan,x tukar2 atas sebab perjanjian dengan smeone,,,sapa lagi kan..=,=...dak keras kepala tu larh..

dia belikan mus wallet baru..but smpai skrang belum ada kesempatan nk jmpa dia n dptkan hadiah yg dia nk bagi tu..belum ada rezeki kan..so,mus da janji kt diri ni x kan tukar wallet selagi x jmpa dia n juz akan guna wallet yg dia da belikan tu..smpai sekarang masih guna wallet yg sama yg da x tawu mcm mana da rupa dia...if org tengok mesti da suruh campak lam tong sampah...









ni la rupa wallet yg ntah da brapa tahun da pakai..sgala hujan,selut,panas terik,ribut apa semua da kena...da brapa bnyak tape da lekat ..
tp...da x nk tukar baru,nk wat camna lagi kan...

tu je larh..masih menanti wallet baru dari si dia...

CEPAT SEMBUH YE
"Tuhan tahu ada orang tunggu awk dekat sini"