Daisypath Happy Birthday tickers


Friday, August 10, 2012

Apa Aku Buat??

Bunyi sang cengkerik mengisi kesunyian malam yang aku rasa agak menenangkan. Menenangkan jiwa seorang hamba yang berada dalam kekeliruan..
    "adakah betul apa yang aku buat,betulkah jalan yang aku pilih"

Aku terkaku dikala dia melemparkan luahan hatinya..betapa dia kecewa dengan apa yang telah berlaku..aku telah melukakan hati seorang insan lemah,mungkin telah hancur dalam perbuatanku..mengapa aku mempermainkan hatinya?..adakah kerna aku tidak pernah menyayanginya?..

aku menipu bagi memberi ruang kepada orang yang lebih layak untuk membimbingnya..aku menipu bagi menjauhkan dirinya dari aku yang jahil tentang agama,yang masih kurang ilmu didada..aku menipu bagi memberi ruang untuk diri aku bersendiri,menguatkan kembali apa yang lemah...agar tidak tersebar fakta fakta yang hakikatnya palsu.

yang pasti,aku menipu bahawa aku tidak pernah menyayanginya..tidak pernah menyukainya..tidak pernah cuba mencintainya..salah..aku sngt sayangkan dia,tetapi aku x mampu menipu diri bahawa aku masih menyayangi seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku..walaupun dia tidak pernah betul2 hadir dalam hidup aku,tetapi dia la satu satunya yang mendapat restu dari keluarga..maafkan aku

aku banyak berdosa...penipuan yang tidak terkira...dikatakan aku mementingkan diri sendiri..tetapi inilah keputusan aku,bagi kepentingan bersama.

titisan air mata..menitis sehingga membasahi pipi namun aku tidak mampu berbuat apa apa..siapalah aku kepada dia?....hanya org yang telah menghancurkan harapan seorang insan untuk mengetahui lebih dalam tentang Islam..

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.....matlamat ku benar,niat ku ikhlas tetapi sayang,caraku salah..terang terangan semua tu maksiat,walaupun hanya bermesej manja yang menaikan syahwat yakni nafsu apatah lagi bersentuhan..selepas sebulan baru aku sedar..kenapa mesti sebulan?..adakah Tuhan cuba menguji aku?...adakah mampu aku sedar dalam tempoh yang diberikan...Alhamdulillah,aku mulai sedar...walaupun masih samar2..but Insyaallah,aku akan berubah...

maafkan aku,keputusanku bagai terlalu kejam...tapi inilah yang terbaik..mmnglah mengislamkan saudara bukan muslim itu satu perbuatan yang mulia..tetapi jika proses mengislamkan itu salah,berdosa besarlah balasannya..aku tidak sanggup,tiada yang dapat membantuku selain amalam ku..

segala apa yang ak berikan ,semuanya penuh dengan keikhlasan...ikhlas keutamaanku..aku tidak pernah berkira apa apa berkenaan satu permintaan..tetapi sekiranya keikhlasan itu pada jalan yang salah,adakah keikhlasan itu akan mendapat ganjaran pahala..itu yang aku takut..berapa besar dosa yang bakal diterima..itu yang aku takut..

aku tidak takut kehilangan cinta insan,kerna aku lebih takut kehilangan cinta Tuhan..

apa aku buat?....

maafkan aku.....ak masih perlukan bimbingan...




Islam itu indah,tetapi perbuatanku telah memburukkan Islam..ampunkan hambamu ya Allah

No comments:

Post a Comment