Daisypath Happy Birthday tickers


Sunday, August 19, 2012

Happy Eid Mubarak

selesai sudah puasa hampir sebulan..now time untuk raikan kemenangan berjuang melawan nafsu lapar,nafsu dahaga,segala jenis nafsu yang x brapa nk elok nih...
ESOK RAYA OIIIiii..!!!...

^_______________________________^

dari petang tadi dngar org main mercun...bunyi meletup bunga api..
haihh..da lama dah tinggal mercun,meriam bunga apa semua nih..
tringat dulu-dulu,waktu tingkatan 1 ke 2 ntah,sebab x jumpa paip besi yang sesuai untuk buat meriam,sanggup potong paip poli warna hitam yang diorang letak dekat tengah jalan untuk wiring lampu jalan...haha..buat operasi waktu semua tengah terawih..rasanya meriam paling power pernah buat waktu tu..
kami buat kubu dalam hutan klapa sawit,lengkap dengan tempat amik air,kubu bawah tanah..n sebab kuat sangat,ada org sabotaj taruk plastik dalam lubang meriam..da x boleh buat apa sebab meriam tu tanam dalam tanah n siap cover dengan simen,takut meletup..n polis plak buat rondaan,meriam tu dah kena sita..hahaha..

tringat jgak waktu darjah 6,main meriam tin atau ada org panggil meriam katak sbb dia terbang naik atas..main dekat tepi sungai,..sampai ada org tengah mancing bengang sebab x dpt ikan,katanya meriam kami kacau,ikan lari..haha..tapi kami buat x taw ja sbb org tu dok seberang..last cucuh meriam bila tin tu jatuh atas kawan sorang ni,dia cucuh n lari,then tin tu jatuh atas blakang dia..perhh,,sakit kot..

bnyak pengalaman main meriam ni,sronok...orang bandar skrang ni ramai yang x tawu main meriam..rugi betul,semua beli bunga api besar2 je..meletup skali abis puluh2,ratus2 ringgit..meriam ni beli spaket rm5,bleh main smpai da x larat main dah...

tapi raya setiap tahun makin lama makin x terasa..x taw la,semangat,aura raya tu x brapa nk ada..mungkin kepala ni asyik pikir benda lain sampai raya pun x leh nk selit2 celah pemikiran..plus suasana raya skang ni x sama mcm dulu..dulu2 bleh nmpk bnyak pelita,budak2 main bunga api,main kjar2 kt luar masjid..skang ni budak2 da x main kejar2..diorang main ipad,android n dok diam2 ja...pelita pun if ada semua yang plastik,beli dekat kedai,bukan yang buluh panjut tu...

apapun...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin..
kepada mak.,ayah,abang,kakak n adik-adik,tafa minta maaf if ada buat salah apa2.rasanya bnyak salah yg tafa da buat...smpai hampa semua penat melayan...mak pun dah x larat nk marah tafa dah...ni maaf dalam blog,esok raya betoi maaf la depan2,peluk2 cium suma ^__^


raya tahun ni jgak,harap dapat bertemu dengan kekasih hati yang sekian lama x jumpa..bukan x jumpa,tp x pernah jumpa..insyaallah if ada rezeki,termakbul doa di malam raya untuk berjumpa
 Cik Hati Mustafa Jamaludin... 

wassalam

Friday, August 10, 2012

Apa Aku Buat??

Bunyi sang cengkerik mengisi kesunyian malam yang aku rasa agak menenangkan. Menenangkan jiwa seorang hamba yang berada dalam kekeliruan..
    "adakah betul apa yang aku buat,betulkah jalan yang aku pilih"

Aku terkaku dikala dia melemparkan luahan hatinya..betapa dia kecewa dengan apa yang telah berlaku..aku telah melukakan hati seorang insan lemah,mungkin telah hancur dalam perbuatanku..mengapa aku mempermainkan hatinya?..adakah kerna aku tidak pernah menyayanginya?..

aku menipu bagi memberi ruang kepada orang yang lebih layak untuk membimbingnya..aku menipu bagi menjauhkan dirinya dari aku yang jahil tentang agama,yang masih kurang ilmu didada..aku menipu bagi memberi ruang untuk diri aku bersendiri,menguatkan kembali apa yang lemah...agar tidak tersebar fakta fakta yang hakikatnya palsu.

yang pasti,aku menipu bahawa aku tidak pernah menyayanginya..tidak pernah menyukainya..tidak pernah cuba mencintainya..salah..aku sngt sayangkan dia,tetapi aku x mampu menipu diri bahawa aku masih menyayangi seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku..walaupun dia tidak pernah betul2 hadir dalam hidup aku,tetapi dia la satu satunya yang mendapat restu dari keluarga..maafkan aku

aku banyak berdosa...penipuan yang tidak terkira...dikatakan aku mementingkan diri sendiri..tetapi inilah keputusan aku,bagi kepentingan bersama.

titisan air mata..menitis sehingga membasahi pipi namun aku tidak mampu berbuat apa apa..siapalah aku kepada dia?....hanya org yang telah menghancurkan harapan seorang insan untuk mengetahui lebih dalam tentang Islam..

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.....matlamat ku benar,niat ku ikhlas tetapi sayang,caraku salah..terang terangan semua tu maksiat,walaupun hanya bermesej manja yang menaikan syahwat yakni nafsu apatah lagi bersentuhan..selepas sebulan baru aku sedar..kenapa mesti sebulan?..adakah Tuhan cuba menguji aku?...adakah mampu aku sedar dalam tempoh yang diberikan...Alhamdulillah,aku mulai sedar...walaupun masih samar2..but Insyaallah,aku akan berubah...

maafkan aku,keputusanku bagai terlalu kejam...tapi inilah yang terbaik..mmnglah mengislamkan saudara bukan muslim itu satu perbuatan yang mulia..tetapi jika proses mengislamkan itu salah,berdosa besarlah balasannya..aku tidak sanggup,tiada yang dapat membantuku selain amalam ku..

segala apa yang ak berikan ,semuanya penuh dengan keikhlasan...ikhlas keutamaanku..aku tidak pernah berkira apa apa berkenaan satu permintaan..tetapi sekiranya keikhlasan itu pada jalan yang salah,adakah keikhlasan itu akan mendapat ganjaran pahala..itu yang aku takut..berapa besar dosa yang bakal diterima..itu yang aku takut..

aku tidak takut kehilangan cinta insan,kerna aku lebih takut kehilangan cinta Tuhan..

apa aku buat?....

maafkan aku.....ak masih perlukan bimbingan...




Islam itu indah,tetapi perbuatanku telah memburukkan Islam..ampunkan hambamu ya Allah